TUJUAN:
Program amalan guru penyayang agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
KONSEP:
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah orang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkaran yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
OBJEKTIF
·
p -Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru
p -Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru
· -Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
· -Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah
· -Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.