Pages

Thursday, May 17, 2012

             Kami warga SK Teluk Birah menjemput semua yang pernah berkhidmat ataupun menimba ilmu disini untuk berkongsi-kongsi pendapat dan pandangan masing-masing mengenai apa-apa sahaja yang hendak dibualkan. Dengan cara ini kita dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Lontarkan idea anda mengenai apa-apa sahaja yang boleh dijadikan aktiviti untuk kita rancang bersama-sama. Di harap dengan adanya ruangan ini kita dapat gunakannya sebagai medan perjumpaan dan perkongsian pendapat di antara satu sama lain.


*Ruangan chat akan disediakan sedikit masa lagi*

-Wira SK Teluk Birah-

           
          En. Sajali Bin Mohamad hashim merupakan bekas pelajar yang telah menimba ilmu di SK Teluk Birah. Beliau merupakan salah seorang warga SK Teluk Birah yang telah berjaya ke menara gading. Segalanya bermula di SK Teluk Birah. Mula mendapat pendidikan di SK Teluk Birah pada tahun 1981. Beliau merupakan calon murid cemerlang di SK Teluk Birah. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (4A 1C). Tidak hanya dalam bidang kurikulum, beliau juga amat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Amat meminati sukan bola sepak dan mewakili sekolah untuk sukan ini. 
                
              Selepas tamat tahun 6 di SK. Teluk Birah, beliau melanjutkan pelajaran ke SMK Seri Perak dan terpilih sebagai pelajar dalam rancangan khas. Beliau juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seterusnya, beliau mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dari tahun 1994-1997 di Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selepas mendapatkan diploma di dalam bidang pendidikan, beliau mula menabur bakti dalam bidang pendidikan di SK Damansara Utama sebagai seorang guru biasa pada tahun 1997. Pada tahun 2001 beliau telah di amanahkan pula untuk mendidik murid di SK Bandar Utama Damansara. Pada Tahun 2006, beliau telah ditugaskan untuk mengajar di SK Sultan Idris 2 Perak. Pada tahun 2010 beliau telah beralih ke dalam bidang pentadbiran dan telah ditugaskan untuk berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.

             Pada masa yang sama, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pada tahun 2003-2007 di Open University Malaysia (OUM) untuk mendapatkan segenggam ijazah. Tidak Sampai di sini sahaja, beliau seterusnya menyambung pelajaran di UPSI dari tahun 2008-2010 untuk mendapatkan Sarjana dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.  Kini, beliau sedang berusaha untuk mendapatkan PHD dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di UPSI. Tiada rasa penat dan jemu wira ini dalam menimba ilmu. Kejayaan yang dikecapi adalah usaha yang tidak pernah kenal erti kalah. 

              Kami warga SK Teluk Birah mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau. Kami bangga dengan kejayaan anda. Tahniah WIRA SK TELUK BIRAH.

Sambutan hari guru pada kali ini di sambut dengan meriah oleh warga sekolah...
Alhamdullillah semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan penuh meriah.
Pelbagai aktiviti dirancang untuk meraikan hari guru pada kali ini.

Program bermula dengan ucapan daripada wakil murid SK.Teluk Birah.
Perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah disampaikan oleh Guru Kanan Pentadbiran En. Noor Hisham.



Seterusnya membaca perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia yang disempurnakan oleh Guru Kanan Hal Ehwal Murid Cik Nurulhuda.



Ucapan dari wakil Ibu bapa juga tidak dilupa. En Halim Syah selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru telah menyampaikan sepatah dua kata. 



Majlis sambutan Hari Guru pada hari ini diteruskan lagi dengan nyanyian 3 buah lagu dari guru-guru SK. Teluk Birah.




Selamat Hari Guru kepada semua guru yang berada di Malaysia.

Wednesday, April 11, 2012

Wira Sk Teluk Birah


Ruangan ini akan memperkenalkan kepada semua mengenai wira-wira SK Teluk Birah yang Berjaya sehingga ke menara gading. Kejayaan dikecapi oleh wira-wira ini bermula di sini dengan bantuan guru-guru yang amat berdedikasi dan sentiasa tekun dalam melaksanakan tugas tanpa mengira penat dan lelah. Tahniah diucapkan kepada semua wira-wira SK Teluk Birah. Kami semua guru-guru di SK Teluk Birah mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda semua. Teruskan berjuang hingga ke akhir hayat. Bersama kita membangunkan SK Teluk Birah.

Sejarah SK. Teluk Birah


Sekolah Kebangsaan Teluk Birah dibina sekitar tahun 1970-an di tebing sungai Perak yang bersempadan dengan Daerah Hilir Perak dan Perak Tengah di Mukim Sungai Durian.Keluasan sekolah ini dianggarkan 130 meter persegi × 80 meter persegi.Ianya terletak kira-kira 25 km dari Bandar Teluk Intan dan dikelilingi oleh tiga buah kaampung iaitu Kampung Permatang Guntung, Kampung Sungai Pulai, dan Kampung Teluk Birah, laluan ke sekolah ini dihubungi oleh laluan utama jalanraya 66 kaki iaitu laluan utama jalan Teluk Intan – Lumut . Untuk ke sekolah ini,ia dihubungi oleh laluan jalanraya selebar 12 kaki dan sepanjang  2 km dari jalan utama.

Bangunan asal sekolah ini menempatkan sebuah bangunan kayu dan separuh batu. Pada tahun 1980-an, sebuah bangunan batu dua tingkat  telah dibina bagi menempatkan kelas Tahun 4 dan Tahun 6, Pejabat, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Guru Lelaki, Bilik Guru Perempuan, Tandas murid,dan Bilik Sains. Manakala bagi bangunan asal ini,ia telah menempatkan kelas Tahun 1,2,dan 3. Sebuah bengkel Kemahiran Hidup pula telah dijadikan kelas Tahun 5. Pada penghujung tahun 2007,  kelas Tahun 5 telah berpindah ke Bilik Sains untuk dijadikan kelas Pemulihan Khas sehinggalah sekarang. Sebuah kantin juga dibina setentang dengan bangunan asal. Sekolah ini juga mempunyai sebuah padang yang hanya berukuran 70 meter persegi × 50 meter persegi sahaja. Pada tahun 2001, sebuah bangunan Makmal Komputer telah dibina berhadapan sebelah kanan pintu masuk ke sekolah ini.

Jumlah murid sekolah ini, asalnya melebihi 100 orang murid. Namun begitu, setelah pembukaan kampung tersusun Felkra Seberang Perak, menyebabkan perpindahan beramai-ramai warga kampong di sini yang menjadikan sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Sehingga tahun ini  2009, murid sekolah ini semakin berkurangan iaitu hanya seramai 83 orang sahaja. Walaupun sekolah ini dikategorikan sebagai (SKM), tetapi dari segi kemudahan infrastrukturnya adalah sama seperti sekolah yang besar. Pencapaian dari segi kurikulum dan kokurikulum sekolah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun terutamanya dalam Pencapaian UPSR dan permainan Bola Baling.  

Sunday, April 8, 2012

Jom Melukis...

Melukis @ menconteng....
Aktiviti yang menarik yang dilaksanakan di SK. Teluk Birah....
Mural yang dilukis ini adalah bertujuan untuk program guru penyayang yang dilaksanakan disekolah.
Jom kenal dengan golongan pelukis jalanan SK. Teluk Birah...

Orang paling berpengalaman @ pelukis tegar:


Program Mentor Mantee Murid Tahun 6

Tanggal 09.04.2012 berlangsungnya satu majlis yang amat penting untuk murid-murid tahun 6. Program ini merupakan satu usaha yang digunakan oleh pihak sekolah untuk membantu murid-murid tahun 6 sebelum menghadapi peperiksaan UPSR. Setiap seorang guru diberi seorang murid tahun 6 sebagai mantee mereka. Guru membimbing murid-murid dari setiap aspek. Program ini merupakan satu program sokongan tahun 6 yang dilaksanakan pada setiap tahun. Diharap program ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid tahun 6 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan UPSR.

Majulah SKTB untuk semua
(Warga SKTB maju kehadapan, berjuang untuk kejayaan)

-firdaus-

Saturday, April 7, 2012

Kem Bestari Solat


Kem Bestari solat sesi satu ini telah selamat dilaksanakan pada 04.04.2012. Kerjasama guru dan murid telah banyak membantu program ini berjalan dengan lancar. Kem ini bermula pada pukul 2.30 - 5.00 petang. Diharap Kem seperti dapat memberi "input" yang berguna kepada murid agar menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan juga sosial. 
kepada guru-guru yang terlibat, jasa dan sumbangan tenaga anda amatlah dihargai. Semoga SK Teluk Birah terus maju kehadapan.


Ustazah memberi penerangan kepada murid-murid



 Murid melakukan amali tayammum 









Wednesday, April 4, 2012

Program Mentor Mantee

Bertujuan untuk:
  • Membangunkan sahsiah murid
  • Membina jati diri murid
  • Mentor sebagai orang yang membantu menyelesaikan masalah murid
Aktiviti:
  • Sesi ramah mesra
  • Sesi makan bersama
  • Meraikan hari lahir
  • Bimbingan hala tuju hidup
  • Lawatan/ziarah keluarga 
  • Sesi perkongsian masalah
Di minta semua guru bersedia untuk program mentor mantee. Setiap guru akan memegang beberapa orang murid sebagai mantee mereka. Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada murid-murid dengan lebih dekat. Secara tidak langsungnya dapat mewujudkan perasaan kasih dan sayang antara guru dan murid. Senarai mentor mantee seperti di bawah.
 
PROGRAM MENTOR MANTEE SK TELUK BIRAH
Bil
Mentor
Mantee

1.
Pn Masnah bt. Haji Abdul Aziz
-Farhan Hanafi b. Tai Ping Sila (1)
-Muhammad Fitri Nur Ariff (6)
-Muhammad Fazli b. Awaluddin (3)
-Siti Nurul Suhadah bt. Ibrahim (6)
-Nurul Nasyuah bt Abd Rahman (4)

2.
En. Noor Hisham b. Mohd Isa
-Nur Syifaa’ Syamimie bt. Zamri (1)
-Muhammad Hafiz b. Rosli (6)
-Nur Hafishoh bt. Ishak (3)
-Muhammad Hakim b. Rozaidi (5)
-Noor Izmie Shah b. Anuar (2)

3.
Cik Nurulhuda bt. Hussain
-Ahmad Jazli Mu’aqashah b. Johari (1)
-Muhammad Aiman Syafiq (5)
-Nur Atirah Zulaikha bt. Abd. Rahim (4)
-Fatin Zulaikha bt. Tai Ping Sila (3)
-Nur Farisha Nabiha bt. Baharuddin (2)

4.
En. Khairil Akmal b. Jalil
-Mohamad Akmal Effizam b. Nasir (1)
-Siti Nurhidayah bt Razali
-Noor Irwan Shah b. Anuar (4)
-Shazril Aiman b. Yunus (5)
-Muhammad Syafiq Haikal b. Azman (2)

5.
Pn. Rubiah bt. Ghazali
-Aina Syuhada bt. Misrin (1)
-Muhammad Danish Haziq (5)
-Zamarul Hiezzam b. Ibrahim (3)
-Muhamad Shamsul Hakimi (6)
-Jazlina Nadhirah bt Jeffry (2)

6.
Pn. Saidatul Akmar bt. Shaari

-Muhammad Faizal b. Awaluddin (6)
-Nor Fitriah Syazlyana bt. Mohamad (1)
-Muhammad Fitri b. Mohamed Rahmat (5)
- Muhammad Fakhrul Aiman (4)
-Sofea bt rozaidi (2)

7.
Pn. Adilah bt. Ahmad Shahruddin
-Muhammad Hassan Adli (6)
-Nur Kamaliyalainun bt. Ibrahim (4)
-Noraisyah bt. Khairolazli (1)
- Muhammad Nabil Haiqal (5)
-Nor Fatimah bt Razali (2)

8.
Cik Siti Sarah bt. Abd. Rahim
-Nurul Hidayah bt. Sabri (4)
-Ahmad Fauzi b. Abdul Rahman (6)
-Muhamad Zakri  (2)
-Norazizah bt Ishak (5)
- Muhammad Ikmal Danish Mazlan (1)

9.
En. Ramunaidau a/l Engatasu
-Mohamad Arif Muazzim b. Idris (1)
-Nor Ain Natasha bt Abd Rashid (5)
-Danish Ammar b. Tai Ping Sila (6)
- Norasiqin bt. Aminnudin (4)
-Muhammad Nurnasrul b. Ibrahim (2)

10.
En. Zulzamhari b. Akhiar
-Mohamad Khairi Fikri b. Rashid (1)
-Nabilla aishah bt. Rosli (5)
-Muhammad Fikri Hafiz (4)
-Arash Fiqrie b. Abdul Rahman (3)
-Ilma Hafiza bt Misrin (6)

11.
Pn. Baizura bt. Omar
-Nurul Hidayah bt Sabri (4)
-Iezzatul Amiera Husna (5)
-Mohammad Harith Syazwan b. Zamri (2)
-Natasha Amiera bt. Rosli (6)
-Omar Hakim b. Abdul Rahman (3)

12.
En. Muhammad Firdaus b. Omar
-Mohamad Haikal Firdaus b. Rosli (2)
-Nurul Izzah Bt Yunus (6)
- Nur Syazatul Wahida (3)
-Noralia Natasha bt Ruslan (5)
-Muhammad Haikal Iman (4)

13.
En. Mohd Yatim b. Sakiman
-Muhammad Ariff Danial b. Ruslan (2)
-Mohd Jazrul Khaizat b. Johari (4)
- Nurul Emylia bt Rozaimi (5)
- Abdul Rahim b. Mustafah (3)
- Nurul Ani Edrina bt. Noor Ahmad (6)



Majulah SKTB untuk semua
(Warga SKTB maju kehadapan, berjuang untuk kejayaan)

-firdaus-

Jadual Bertugas Guru Penyayang


Semua guru diminta menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual yang telah disediakan.
 
Hari

Nama guru bertugas
Isnin
·         Pn. Masnah Hj Abdul Aziz
·         Puan Baizura Omar
·         Mohd Yatim Sakiman

Selasa
·         En. Zulzamhari Akhiar
·         En. Noor Hisham Mohd Isa
·         Pn. Adilah A. Shaharudin

Rabu
·         Cik Nurulhuda Hussain
·         En Ramunaidu
·         En Firdaus Omar

Khamis
·         En. Khairil Akmal Jalil
·         Pn. Rubiah Ghazali
·         Pn Saidatul Akmar

Jumaat
·         Pn. Masnah Hj Abdul Aziz
·         En. Noor Hisham Mohd Isa
·         Cik Siti Sarah Abd Rahim



*Di minta guru yang bertugas pada hari yang ditetapkan berada di pintu pagar sekolah untuk menyambut kedatangan dan kepulangan murid.
Kerjasama semua guru amat di hargai.

Majulah SKTB untuk semua
(Warga SKTB maju kehadapan, berjuang untuk kejayaan)

-firdaus-

Visi, Misi , Falsafah dan Motto sekolah




VISI SEKOLAH

Melahirkan komuniti berilmu yang cemerlang dan terbilang



MISI SEKOLAH

Melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi melahirkan komuniti berilmu yang terbilang melalui usaha yang bersungguh dan berterusan.



FALSAFAH SEKOLAH

Mendidik dan melahirkan murid supaya menjadi komuniti berilmu, cemerlang dan terbilang untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara.




MOTTO SEKOLAH

ILMU ITU CAHAYA-CEMERLANG TERBILANG







Aktiviti Guru Penyayang


         Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan untuk program guru penyayang ini. Antaranya ialah mengalu-alukan kehadiran dan kepulangan murid . Motif aktiviti ini diadakan ialah untuk mendekatkan murid-murid dengan guru-guru dan mewujudkan perasaan kasih dan sayang terhadap murid. Dengan cara ini murid dapat berasa mereka dihargai di sekolah.

                 Alhamdulillah aktiviti yang telah dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna oleh guru-guru SK. Teluk Birah dengan jayanya. Setiap guru termasuklah Puan Guru Besar juga terlibat sama dlam menjayakan aktiviti ini. 


-Guru Besar SK. Teluk Birah- 

              Jadual bertugas aktiviti guru penyayang ini juga telah disediakan agar setiap daripada seorang guru dapat mengetahui tugas-tugas mereka dengan lebih lanjut. Aktiviti ini d berjalan dengan lancar dan sempurna pada setiap hari seperti yang telah dirancang. Guru-guru memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan suasana mesra dan penyayang terhadap murid-murid. Hasilnya murid-murid kelihatan gembira dan bersemangat untuk datang ke sekolah.



-Guru Bertugas-



-Guru Bertugas-


Majulah SKTB untuk semua
(Warga SKTB maju kehadapan, berjuang untuk kejayaan)

-firdaus-









Sawit oh Sawit..



"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..."

Pepatah Melayu ini amat sesuai dengan ke akraban guru-guru SKTB.
Kami berkerjasama dalam menjalankan sebarang aktiviti yang boleh membangunkan sekolah.

-Badang sekolah sedang leka mengait kelapa sawit.-
Opss kejap-kejap…bukan mengait sahaja, kami juga mengangkat kelapa sawit.
Sebab itulah kami sentiasa sihat dan bertenaga.


Walaupun penat tetapi terpancar kegembiraan di wajah setiap guru-guru di sini.
Semangat bantu-membantu sentiasa wujud dalam diri warga SK. Teluk Birah.
Akhir kata, bak kata pepatah  bulat air kerana pembentung bulat kata kerana muafakat.

Majulah SKTB untuk semua.
(Warga SKTB maju kehadapan, berjuang untuk kejayaan)        

-firdaus-