Pages

Wednesday, April 4, 2012

Aktiviti Guru Penyayang


         Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan untuk program guru penyayang ini. Antaranya ialah mengalu-alukan kehadiran dan kepulangan murid . Motif aktiviti ini diadakan ialah untuk mendekatkan murid-murid dengan guru-guru dan mewujudkan perasaan kasih dan sayang terhadap murid. Dengan cara ini murid dapat berasa mereka dihargai di sekolah.

                 Alhamdulillah aktiviti yang telah dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna oleh guru-guru SK. Teluk Birah dengan jayanya. Setiap guru termasuklah Puan Guru Besar juga terlibat sama dlam menjayakan aktiviti ini. 


-Guru Besar SK. Teluk Birah- 

              Jadual bertugas aktiviti guru penyayang ini juga telah disediakan agar setiap daripada seorang guru dapat mengetahui tugas-tugas mereka dengan lebih lanjut. Aktiviti ini d berjalan dengan lancar dan sempurna pada setiap hari seperti yang telah dirancang. Guru-guru memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan suasana mesra dan penyayang terhadap murid-murid. Hasilnya murid-murid kelihatan gembira dan bersemangat untuk datang ke sekolah.



-Guru Bertugas-



-Guru Bertugas-


Majulah SKTB untuk semua
(Warga SKTB maju kehadapan, berjuang untuk kejayaan)

-firdaus-









No comments:

Post a Comment