Pages

Thursday, May 17, 2012

             Kami warga SK Teluk Birah menjemput semua yang pernah berkhidmat ataupun menimba ilmu disini untuk berkongsi-kongsi pendapat dan pandangan masing-masing mengenai apa-apa sahaja yang hendak dibualkan. Dengan cara ini kita dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Lontarkan idea anda mengenai apa-apa sahaja yang boleh dijadikan aktiviti untuk kita rancang bersama-sama. Di harap dengan adanya ruangan ini kita dapat gunakannya sebagai medan perjumpaan dan perkongsian pendapat di antara satu sama lain.


*Ruangan chat akan disediakan sedikit masa lagi*

-Wira SK Teluk Birah-

           
          En. Sajali Bin Mohamad hashim merupakan bekas pelajar yang telah menimba ilmu di SK Teluk Birah. Beliau merupakan salah seorang warga SK Teluk Birah yang telah berjaya ke menara gading. Segalanya bermula di SK Teluk Birah. Mula mendapat pendidikan di SK Teluk Birah pada tahun 1981. Beliau merupakan calon murid cemerlang di SK Teluk Birah. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (4A 1C). Tidak hanya dalam bidang kurikulum, beliau juga amat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Amat meminati sukan bola sepak dan mewakili sekolah untuk sukan ini. 
                
              Selepas tamat tahun 6 di SK. Teluk Birah, beliau melanjutkan pelajaran ke SMK Seri Perak dan terpilih sebagai pelajar dalam rancangan khas. Beliau juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seterusnya, beliau mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dari tahun 1994-1997 di Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selepas mendapatkan diploma di dalam bidang pendidikan, beliau mula menabur bakti dalam bidang pendidikan di SK Damansara Utama sebagai seorang guru biasa pada tahun 1997. Pada tahun 2001 beliau telah di amanahkan pula untuk mendidik murid di SK Bandar Utama Damansara. Pada Tahun 2006, beliau telah ditugaskan untuk mengajar di SK Sultan Idris 2 Perak. Pada tahun 2010 beliau telah beralih ke dalam bidang pentadbiran dan telah ditugaskan untuk berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.

             Pada masa yang sama, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pada tahun 2003-2007 di Open University Malaysia (OUM) untuk mendapatkan segenggam ijazah. Tidak Sampai di sini sahaja, beliau seterusnya menyambung pelajaran di UPSI dari tahun 2008-2010 untuk mendapatkan Sarjana dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.  Kini, beliau sedang berusaha untuk mendapatkan PHD dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di UPSI. Tiada rasa penat dan jemu wira ini dalam menimba ilmu. Kejayaan yang dikecapi adalah usaha yang tidak pernah kenal erti kalah. 

              Kami warga SK Teluk Birah mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau. Kami bangga dengan kejayaan anda. Tahniah WIRA SK TELUK BIRAH.

Sambutan hari guru pada kali ini di sambut dengan meriah oleh warga sekolah...
Alhamdullillah semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan penuh meriah.
Pelbagai aktiviti dirancang untuk meraikan hari guru pada kali ini.

Program bermula dengan ucapan daripada wakil murid SK.Teluk Birah.
Perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah disampaikan oleh Guru Kanan Pentadbiran En. Noor Hisham.



Seterusnya membaca perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia yang disempurnakan oleh Guru Kanan Hal Ehwal Murid Cik Nurulhuda.



Ucapan dari wakil Ibu bapa juga tidak dilupa. En Halim Syah selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru telah menyampaikan sepatah dua kata. 



Majlis sambutan Hari Guru pada hari ini diteruskan lagi dengan nyanyian 3 buah lagu dari guru-guru SK. Teluk Birah.




Selamat Hari Guru kepada semua guru yang berada di Malaysia.