Pages

Thursday, January 24, 2013

Selamat Pagi Cikgu... :)

2.1.2013- Alhamdulillah..sesi pertama persekolahan dimulakan. Semua murid dan guru bersedia untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.Guru-guru dan murid hadir dengan penuh keceriaan dan semangat yang baru. Semoga tahun ini SK Teluk Birah dapat melakar dan mencipta kecemerlangan dalam semua aspek. Bersama-samalah kita membangunkan SK Teluk Birah.


Selamat Datang Tahun 2013

Belum terlambat rasanya untuk mengucapakan selamat tahun baru 2013 kepada seluruh warga kerja SK. Teluk Birah. Semoga Tahun 2013 ini bakal membawa banyak kejayaan kepada anda semua. 
Pihak admin blog SK Teluk Birah memohon seribu kemaafan kepada semua sekiranya pernah melakukan kesalahan dan terkasar bahasa sepanjang tahun 2012. 

Semoga azam tahun 2013 kali ini dapat kita capai bersama untuk memajukan lagi sistem pendidikan yang ada. Bersama-sama kita jayakan semua aktiviti yang dirancang bagi tahun 2013.