Ruangan ini akan memperkenalkan kepada semua mengenai wira-wira SK Teluk Birah yang Berjaya sehingga ke menara gading. Kejayaan dikecapi oleh wira-wira ini bermula di sini dengan bantuan guru-guru yang amat berdedikasi dan sentiasa tekun dalam melaksanakan tugas tanpa mengira penat dan lelah. Tahniah diucapkan kepada semua wira-wira SK Teluk Birah. Kami semua guru-guru di SK Teluk Birah mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda semua. Teruskan berjuang hingga ke akhir hayat. Bersama kita membangunkan SK Teluk Birah.
Wednesday, April 11, 2012
Sejarah SK. Teluk Birah
Sekolah Kebangsaan Teluk Birah dibina sekitar tahun 1970-an di tebing sungai Perak yang bersempadan dengan Daerah Hilir Perak dan Perak Tengah di Mukim Sungai Durian.Keluasan sekolah ini dianggarkan 130 meter persegi × 80 meter persegi.Ianya terletak kira-kira 25 km dari Bandar Teluk Intan dan dikelilingi oleh tiga buah kaampung iaitu Kampung Permatang Guntung, Kampung Sungai Pulai, dan Kampung Teluk Birah, laluan ke sekolah ini dihubungi oleh laluan utama jalanraya 66 kaki iaitu laluan utama jalan Teluk Intan – Lumut . Untuk ke sekolah ini,ia dihubungi oleh laluan jalanraya selebar 12 kaki dan sepanjang 2 km dari jalan utama.
Bangunan asal sekolah ini menempatkan sebuah bangunan kayu dan separuh batu. Pada tahun 1980-an, sebuah bangunan batu dua tingkat telah dibina bagi menempatkan kelas Tahun 4 dan Tahun 6, Pejabat, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Guru Lelaki, Bilik Guru Perempuan, Tandas murid,dan Bilik Sains. Manakala bagi bangunan asal ini,ia telah menempatkan kelas Tahun 1,2,dan 3. Sebuah bengkel Kemahiran Hidup pula telah dijadikan kelas Tahun 5. Pada penghujung tahun 2007, kelas Tahun 5 telah berpindah ke Bilik Sains untuk dijadikan kelas Pemulihan Khas sehinggalah sekarang. Sebuah kantin juga dibina setentang dengan bangunan asal. Sekolah ini juga mempunyai sebuah padang yang hanya berukuran 70 meter persegi × 50 meter persegi sahaja. Pada tahun 2001, sebuah bangunan Makmal Komputer telah dibina berhadapan sebelah kanan pintu masuk ke sekolah ini.
Jumlah murid sekolah ini, asalnya melebihi 100 orang murid. Namun begitu, setelah pembukaan kampung tersusun Felkra Seberang Perak, menyebabkan perpindahan beramai-ramai warga kampong di sini yang menjadikan sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Sehingga tahun ini 2009, murid sekolah ini semakin berkurangan iaitu hanya seramai 83 orang sahaja. Walaupun sekolah ini dikategorikan sebagai (SKM), tetapi dari segi kemudahan infrastrukturnya adalah sama seperti sekolah yang besar. Pencapaian dari segi kurikulum dan kokurikulum sekolah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun terutamanya dalam Pencapaian UPSR dan permainan Bola Baling.
Sunday, April 8, 2012
Jom Melukis...
Melukis @ menconteng....
Aktiviti yang menarik yang dilaksanakan di SK. Teluk Birah....
Mural yang dilukis ini adalah bertujuan untuk program guru penyayang yang dilaksanakan disekolah.
Jom kenal dengan golongan pelukis jalanan SK. Teluk Birah...
Orang paling berpengalaman @ pelukis tegar:
Program Mentor Mantee Murid Tahun 6
Tanggal 09.04.2012 berlangsungnya satu majlis yang amat penting untuk murid-murid tahun 6. Program ini merupakan satu usaha yang digunakan oleh pihak sekolah untuk membantu murid-murid tahun 6 sebelum menghadapi peperiksaan UPSR. Setiap seorang guru diberi seorang murid tahun 6 sebagai mantee mereka. Guru membimbing murid-murid dari setiap aspek. Program ini merupakan satu program sokongan tahun 6 yang dilaksanakan pada setiap tahun. Diharap program ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid tahun 6 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan UPSR.
Majulah SKTB untuk semua
(Warga SKTB maju kehadapan, berjuang untuk kejayaan)
-firdaus-
Saturday, April 7, 2012
Kem Bestari Solat
Kem Bestari solat sesi satu ini telah selamat dilaksanakan pada 04.04.2012. Kerjasama guru dan murid telah banyak membantu program ini berjalan dengan lancar. Kem ini bermula pada pukul 2.30 - 5.00 petang. Diharap Kem seperti dapat memberi "input" yang berguna kepada murid agar menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan juga sosial.
kepada guru-guru yang terlibat, jasa dan sumbangan tenaga anda amatlah dihargai. Semoga SK Teluk Birah terus maju kehadapan.Ustazah memberi penerangan kepada murid-murid
Murid melakukan amali tayammum
Wednesday, April 4, 2012
Program Mentor Mantee
Bertujuan untuk:
Di minta semua guru bersedia untuk program mentor mantee. Setiap guru akan memegang beberapa orang murid sebagai mantee mereka. Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada murid-murid dengan lebih dekat. Secara tidak langsungnya dapat mewujudkan perasaan kasih dan sayang antara guru dan murid. Senarai mentor mantee seperti di bawah.
- Membangunkan sahsiah murid
- Membina jati diri murid
- Mentor sebagai orang yang membantu menyelesaikan masalah murid
Aktiviti:
- Sesi ramah mesra
- Sesi makan bersama
- Meraikan hari lahir
- Bimbingan hala tuju hidup
- Lawatan/ziarah keluarga
- Sesi perkongsian masalah
PROGRAM MENTOR MANTEE SK TELUK BIRAH
Bil | Mentor | Mantee |
1. | Pn Masnah bt. Haji Abdul Aziz | -Farhan Hanafi b. Tai Ping Sila (1) -Muhammad Fitri Nur Ariff (6) -Muhammad Fazli b. Awaluddin (3) -Siti Nurul Suhadah bt. Ibrahim (6) -Nurul Nasyuah bt Abd Rahman (4) |
2. | En. Noor Hisham b. Mohd Isa | -Nur Syifaa’ Syamimie bt. Zamri (1) -Muhammad Hafiz b. Rosli (6) -Nur Hafishoh bt. Ishak (3) -Muhammad Hakim b. Rozaidi (5) -Noor Izmie Shah b. Anuar (2) |
3. | Cik Nurulhuda bt. Hussain | -Ahmad Jazli Mu’aqashah b. Johari (1) -Muhammad Aiman Syafiq (5) -Nur Atirah Zulaikha bt. Abd. Rahim (4) -Fatin Zulaikha bt. Tai Ping Sila (3) -Nur Farisha Nabiha bt. Baharuddin (2) |
4. | En. Khairil Akmal b. Jalil | -Mohamad Akmal Effizam b. Nasir (1) -Siti Nurhidayah bt Razali -Noor Irwan Shah b. Anuar (4) -Shazril Aiman b. Yunus (5) -Muhammad Syafiq Haikal b. Azman (2) |
5. | Pn. Rubiah bt. Ghazali | -Aina Syuhada bt. Misrin (1) -Muhammad Danish Haziq (5) -Zamarul Hiezzam b. Ibrahim (3) -Muhamad Shamsul Hakimi (6) -Jazlina Nadhirah bt Jeffry (2) |
6. | Pn. Saidatul Akmar bt. Shaari | -Muhammad Faizal b. Awaluddin (6) -Nor Fitriah Syazlyana bt. Mohamad (1) -Muhammad Fitri b. Mohamed Rahmat (5) - Muhammad Fakhrul Aiman (4) -Sofea bt rozaidi (2) |
7. | Pn. Adilah bt. Ahmad Shahruddin | -Muhammad Hassan Adli (6) -Nur Kamaliyalainun bt. Ibrahim (4) -Noraisyah bt. Khairolazli (1) - Muhammad Nabil Haiqal (5) -Nor Fatimah bt Razali (2) |
8. | Cik Siti Sarah bt. Abd. Rahim | -Nurul Hidayah bt. Sabri (4) -Ahmad Fauzi b. Abdul Rahman (6) -Muhamad Zakri (2) -Norazizah bt Ishak (5) - Muhammad Ikmal Danish Mazlan (1) |
9. | En. Ramunaidau a/l Engatasu | -Mohamad Arif Muazzim b. Idris (1) -Nor Ain Natasha bt Abd Rashid (5) -Danish Ammar b. Tai Ping Sila (6) - Norasiqin bt. Aminnudin (4) -Muhammad Nurnasrul b. Ibrahim (2) |
10. | En. Zulzamhari b. Akhiar | -Mohamad Khairi Fikri b. Rashid (1) -Nabilla aishah bt. Rosli (5) -Muhammad Fikri Hafiz (4) -Arash Fiqrie b. Abdul Rahman (3) -Ilma Hafiza bt Misrin (6) |
11. | Pn. Baizura bt. Omar | -Nurul Hidayah bt Sabri (4) -Iezzatul Amiera Husna (5) -Mohammad Harith Syazwan b. Zamri (2) -Natasha Amiera bt. Rosli (6) -Omar Hakim b. Abdul Rahman (3) |
12. | En. Muhammad Firdaus b. Omar | -Mohamad Haikal Firdaus b. Rosli (2) -Nurul Izzah Bt Yunus (6) - Nur Syazatul Wahida (3) -Noralia Natasha bt Ruslan (5) -Muhammad Haikal Iman (4) |
13. | En. Mohd Yatim b. Sakiman | -Muhammad Ariff Danial b. Ruslan (2) -Mohd Jazrul Khaizat b. Johari (4) - Nurul Emylia bt Rozaimi (5) - Abdul Rahim b. Mustafah (3) - Nurul Ani Edrina bt. Noor Ahmad (6) |
Majulah SKTB untuk semua
(Warga SKTB maju kehadapan, berjuang untuk kejayaan)
-firdaus-
Jadual Bertugas Guru Penyayang
Semua guru diminta menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual yang telah disediakan.
Hari | Nama guru bertugas |
Isnin | · Pn. Masnah Hj Abdul Aziz · Puan Baizura Omar · Mohd Yatim Sakiman |
Selasa | · En. Zulzamhari Akhiar · En. Noor Hisham Mohd Isa · Pn. Adilah A. Shaharudin |
Rabu | · Cik Nurulhuda Hussain · En Ramunaidu · En Firdaus Omar |
Khamis | · En. Khairil Akmal Jalil · Pn. Rubiah Ghazali · Pn Saidatul Akmar |
Jumaat | · Pn. Masnah Hj Abdul Aziz · En. Noor Hisham Mohd Isa · Cik Siti Sarah Abd Rahim |
*Di minta guru yang bertugas pada hari yang ditetapkan berada di pintu pagar sekolah untuk menyambut kedatangan dan kepulangan murid.
Kerjasama semua guru amat di hargai.
Majulah SKTB untuk semua
(Warga SKTB maju kehadapan, berjuang untuk kejayaan)
-firdaus-
Visi, Misi , Falsafah dan Motto sekolah
VISI SEKOLAH
Melahirkan komuniti berilmu yang cemerlang dan terbilang
MISI SEKOLAH
Melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi melahirkan komuniti berilmu yang terbilang melalui usaha yang bersungguh dan berterusan.
FALSAFAH SEKOLAH
Mendidik dan melahirkan murid supaya menjadi komuniti berilmu, cemerlang dan terbilang untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara.
MOTTO SEKOLAH
ILMU ITU CAHAYA-CEMERLANG TERBILANG
Aktiviti Guru Penyayang
Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan untuk program guru penyayang ini. Antaranya ialah mengalu-alukan kehadiran dan kepulangan murid . Motif aktiviti ini diadakan ialah untuk mendekatkan murid-murid dengan guru-guru dan mewujudkan perasaan kasih dan sayang terhadap murid. Dengan cara ini murid dapat berasa mereka dihargai di sekolah.
Alhamdulillah aktiviti yang telah dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna oleh guru-guru SK. Teluk Birah dengan jayanya. Setiap guru termasuklah Puan Guru Besar juga terlibat sama dlam menjayakan aktiviti ini.
-Guru Besar SK. Teluk Birah-
Jadual bertugas aktiviti guru penyayang ini juga telah disediakan agar setiap daripada seorang guru dapat mengetahui tugas-tugas mereka dengan lebih lanjut. Aktiviti ini d berjalan dengan lancar dan sempurna pada setiap hari seperti yang telah dirancang. Guru-guru memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan suasana mesra dan penyayang terhadap murid-murid. Hasilnya murid-murid kelihatan gembira dan bersemangat untuk datang ke sekolah.
-Guru Bertugas-
-Guru Bertugas-
Majulah SKTB untuk semua
(Warga SKTB maju kehadapan, berjuang untuk kejayaan)
-firdaus-
Sawit oh Sawit..
"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..."
Pepatah Melayu ini amat sesuai dengan ke akraban guru-guru SKTB.
Kami berkerjasama dalam menjalankan sebarang aktiviti yang boleh membangunkan sekolah.
-Badang sekolah sedang leka mengait kelapa sawit.-
Opss kejap-kejap…bukan mengait sahaja, kami juga mengangkat kelapa sawit.
Sebab itulah kami sentiasa sihat dan bertenaga.
Walaupun penat tetapi terpancar kegembiraan di wajah setiap guru-guru di sini.
Semangat bantu-membantu sentiasa wujud dalam diri warga SK. Teluk Birah.
Akhir kata, bak kata pepatah bulat air kerana pembentung bulat kata kerana muafakat.
Majulah SKTB untuk semua.
(Warga SKTB maju kehadapan, berjuang untuk kejayaan)
-firdaus-
Tuesday, April 3, 2012
PPDa
Pendidikan pencegahan dadah SKTB merupakan satu usaha yang berterusan dalam melahirkan murid yang sihat dan bebas dari dadah.
Pelbagai cara yang akan digunakan untuk memberi input dan kesedaran kepada murid-murid untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap tentang bahaya dadah.
Diharap dengan ilmu yang diberikan dapat menjadi pendinding kepada murid untuk menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. ini bersesuaian dengan kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya"
Monday, April 2, 2012
JAWATAN KUASA GURU PENYAYANG
Penasihat
Pn Masnah Bt Haji Abdul Aziz (Guru Besar)
Pengererusi
Cik Nurul Huda Bt Hussain (GK Hem)
Naib Pengerusi I
En. Noor Hisham B. Mohd Isa (GK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II
En. Khairil Akmal B. Jalil (GK Ko-kurikulum)
Setiausaha
En. Muhammad Firdaus B. Omar
Bendahari
Pn. Adilah Bt. Shaharudin
Jawatan Kuasa
Pn. Rubiah
Pn. Saidatul Akmar
Cik Siti Sarah
En Ramunaidu
Pn. Baizura
En. Zulzamhari
En. Yatim
Subscribe to:
Posts (Atom)